Mata wang kripto adalah mata wang yang dicipta berdasarkan teknologi Blockchain dan teknologi digital.
Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 17 Ogos 2021, ia telah diputuskan bahawa hukum menjalankan urus niaga menggunakan mata wang digital, sama ada sebagai perantara pembayaran (medium of payment), pemindahan wang (remittance), atau aset simpanan, adalah HARUS.
Hukum Mata Wang Kripto
Mata wang kripto dan aset digital termasuk dalam kategori harta kerana ia mempunyai sifat al-Mutaqawwim (bernilai) dan diwajibkan zakat berdasarkan dalil-dalil umum kewajipan zakat terhadap harta.
Meskipun mata wang kripto bukan dianggap sebagai wang sah (legal tender) di sisi syarak atau undang-undang, ia dikategorikan sebagai aset pelaburan atau sekuriti menurut Warta Kerajaan Persekutuan oleh Kementerian Kewangan.
Kewajipan mengeluarkan zakat ini tidak terhad kepada mata wang kripto dan aset digital yang diperdagangkan di platform dagangan (Digital Asset Exchange) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Senarai Mata Wang Kripto**
Bil Jenis Kripto Bil Jenis Kripto
1 Bitcoin (BTC) 6 Cardano (ADA)
2 Ethereum (ETH) 7 Solana (SOL)
3 Ripple (XRP) 8 Chainlink (LINK)
4 Avalanche (AVAX) 9 Uniswap (UNI)
5 Litecoin (LTC) 10 Bitcoin Cash (BCH)
Bil | Jenis Kripto | Bil | Jenis Kripto |
1 | Bitcoin (BTC) | 6 | Cardano (ADA) |
2 | Ethereum (ETH) | 7 | Solana (SOL) |
3 | Ripple (XRP) | 8 | Chainlink (LINK) |
4 | Avalanche (AVAX) | 9 | Uniswap (UNI) |
5 | Litecoin (LTC) | 10 | Bitcoin Cash (BCH) |
**Tertakluk sekiranya terdapat penambahan jenis mata wang kripto di dalam pasaran
Senarai Platform Dagangan Aset Digital (DAX) Yang Berdaftar Dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)**
Bil | Platform Dagangan Aset Digital (Digital Asset Exchange – DAX) | Jenis Kripto |
1 | Luno | BTC, ETH, XRP, AVAX, LTC, ADA, SOL, LINK, UNI, BCH |
2 | MX Exchange | BTC, ETH |
3 | SINEGY | BTC, ETH |
4 | Tokenize Xchange | BCH, BTC, ETH, LTC, SOL, UNI, XRP |
**Tertakluk sekiranya terdapat penambahan platform mata wang kripto yang di gunakan di pasaran
Kaedah Pengiraan Zakat Mata Wang Kripto
Unit mata wang kripto dan aset digital X harga semasa (hujung haul) X 2.5% = Jumlah Zakat
Contoh : Encik Ali memiliki 0.2 unit Bitcoin (BTC) yang telah mencukupi haul. Harga semasa 1 unit BTC adalah bersamaan RM258,107.
Jumlah zakat yang perlu dibayar oleh Encik Ali bagi tahun 2021 adalah:
0.2 unit x RM258,107 x 2.5% = RM1,290.54
Sumber asal:
https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/zakatkripto/