fbpx

Utama - Zakat Malaysia

Zakat Padi

Zakat Padi

Kongsi:

bayar kalkulator zakat logam perak selangor online login bayaran pembayaran emas

Nilai Nisab Zakat Padi

Bil Tahun Harga semasa / gram
1.
2024
RM1.20 / 1,306 kilogram
Sumber: https://www.zakatselangor.com.my/keputusan-syariah-zakat/kiraan-zakat-padi/

Kalkulator Kira Zakat Padi

Penerangan Zakat Padi / Makanan Asasi:

Dalil Zakat Petanian

Kewajipan menunaikan zakat pertanian telah disebutkan secara terang dan jelas dalam al-Quran yang bermaksud:

Dan Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya.

(Surah Al-Anam (6): 141)

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang bermaksud:

Dari Salim bin Abdullah dari bapanya RA dari Nabi SAW bersabda: Pada tanaman yang diairi dengan air hujan, mata air, atau air tanah maka zakatnya sepersepuluh (10%), adapun yang diairi dengan menggunakan tenaga maka zakatnya seperduapuluh (5%).

(HR Bukhari)

Nota: Pilihan diberikan kepada pengusaha untuk mengira sama ada menggunakan kaedah Zakat Pertanian ataupun kaedah Zakat Perniagaan. Kebiasaannya hanya makanan asasi sahaja yang dikira mengikut kaedah Zakat Pertanian. Manakala bagi tanam-tanaman yang lain akan dikira mengikut kaedah Zakat Perniagaan.

(Sumber: https://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-pertanian/)

Kiraan Zakat Padi

Zakat padi WAJIB dikeluarkan mengikut kadar hasil yang diperoleh dengan kadar 5% SELEPAS MENOLAK kos tanam yang ditanggung oleh pengusaha (Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-6/2017).

Contoh: Hasil Tuaian Padi: 5000 kg X RM 1.20 = RM 6,000.00 Tolak kos tanam: RM 1,000.00 Bersih: RM 5,000.00 *Melebihi nisab Jumlah zakat: RM 5,000 X 5% = RM 250.00

Soalan Lazim

Zakat padi WAJIB dikeluarkan mengikut kadar hasil yang diperoleh dengan kadar 5% SELEPAS MENOLAK kos tanam yang ditanggung oleh pengusaha (Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-6/2017).

Formula asas:
Harga padi (minimum): RM 1.20/kg (2018)
Nisab zakat padi: 1,306 kg
Nilai nisab: RM 1.20 X 1,306 kg = RM 1,567.20
Kadar: 5 peratus (%)
Haul: Sebaik sahaja padi dituai

(Hasil tuaian padi x Harga semasa padi) – Kos tanam padi) x 5% = zakat padi yang wajib
dikeluarkan

Contoh kiraan:
Hasil Tuaian Padi: 5000 kg X RM 1.20 = RM 6,000.00
Tolak kos tanam: RM 1,000.00
Bersih: RM 5,000.00 *Melebihi nisab

Jumlah zakat: RM 5,000 X 5% = RM 250.00

Zakat simpanan
boleh dibayar secara atas talian dengan cara mengisi borang di atas.

Selamat menunaikan kewajipan membayar zakat simpanan.

Kira & Bayar Zakat

kadar kiraan zakat selangor calculator online bayar bayaran fidyah fitrah login

Terdapat pertanyaan,
anda boleh hubungi kami

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan dan penerangan lanjut
Tatal ke Atas