fbpx

Utama - Zakat Malaysia

Zakat Takaful

Zakat Takaful

Kongsi:

bayar zakat simpanan selangor online login asb

Nisab Zakat Takaful

Tahun Bulan Harga (RM)
2025
Januari – Jun
29,961.00
2024
Julai-Disember
27,696.00
2024
Januari – Jun
24,007.00
2023
Julai – Disember
23,035.00
2023
Januari – Jun
20,978.00

Kalkulator Kira Zakat Takaful

Niat Zakat Takaful

Inilah wang sebanyak RM………..sebagai menunaikan Zakat Takaful yang wajib dibayar ke atas saya / pihak yang saya wakil untuk tahun…….. kerana Allah Ta’ala..”

Takaful.zm
  • Kira Zakat
  • Maklumat Penzakat
  • Akad

Anda Tidak Layak Dikenakan Zakat Kerana Tidak Mencapai Nisab RM 29,961

Anda Juga Boleh Membuat Bayaran Zakat Serendah RM 10 Sebagai Salah Satu Cara Untuk Membersihkan Harta Pendapatan Yang Dimiliki.

Bayar Zakat Sekarang >

Niat Membayar Zakat

Inilah wang sebanyak   sebagai menunaikan zakat yang wajib ke atas diri saya kerana ALLAH Ta'ala.

Penerangan

Zakat Takaful

Produk takaful merupakan salah satu bentuk simpanan / pelaburan yang mempunyai unsur harta zakawi dan tertakluk kepada kewajiban zakat jika ia telah memenuhi syarat-syaratnya.

Wang ini hanya boleh dikeluarkan sebahagiannya oleh pencarum apabila ia mencapai umur tertentu dalam tempoh perkhidmatannya atau mengambil keseluruhannya apabila ia telah mencapai umur pencen atau bersara. Selain daripada pengeluaran berdasarkan faktor umur, ianya juga boleh dikeluarkan setelah memenuhi syarat –syarat dibawah pelbagai Skim Pengeluaran KWSP.

Implikasi Zakat Ke Atas Produk Takaful

Zakat Wang Simpanan / Pelaburan Takaful:

  • Zakat Wang Simpanan / Pelaburan Takaful:
    • Pemegang takaful keluarga perlu membayar zakat setiap tahun ke atas nilai simpanan / pelaburan yang boleh dikeluarkan (cash value) sahaja dan bukannya surrender value (jumlah wang yang akan diperolehi jika membatalkan polisi).
    • Ini kerana, hukum zakat untuk simpanan / pelaburan dalam polisi takaful adalah sama hukum zakat untuk simpanan / wang di institusi kewangan. Ini adalah kerana cash value boleh dikeluarkan tanpa perlu menunggu tempoh tamat kontrak dengan pihak takaful.

Kaedah Taksiran

[ Jumlah simpanan /pelaburan – nilai simpanan /pelaburan minimum perlu perlu ada dalam polisi ] = Cash value polisi takaful Formula Asas: Zakat = Cash value polisi takaful x 2.5% Kaedah Taksiran Zakat Gabungan Nisab Emas : Zakat = x 2.5%

Zakat Ke Atas Polisi Takaful Yang Matang

Manakala selepas sijil takaful sudah matang, maka wajib zakat simpanan ke atas pemegang polisi yang mendapat pulangan tunai secara keseluruhannya iaitu pulangan wang tunai daripada Dana Risiko Peserta dan juga keuntungan pelaburan daripada Dana Pelaburan Peserta.

Zakat = Maturity value (nilai matang) polisi takaful x 2.5% Kaedah Taksiran Zakat Gabungan Nisab Emas : Zakat = x 2.5%

Pampasan Takaful

Wajib Zakat Pendapatan ke atas waris simati. Ianya adalah selepas ditolak untuk penyelesaian hutang simati (hutang zakat/hutang sesama manusia dan lain – lain) dan upah haji sekiranya simati belum mengerjakan fardhu haji.

Wang Pulangan Tunai Dana Tabarruk

Wajib zakat pendapatan ke atas pemegang polisi takaful sekiranya mereka memperolehi wang pulangan tunai dari Dana Tabarruk; contohnya pulangan tunai setiap tahun jika tiada sebarang tuntutan tahunan (contohnya NCD yang diperolehi kerana tiada tuntutan tahunan).

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh

Wajib zakat pendapatan ke atas pemegang polisi yang menerima manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat kemalangan atau sebab penyakit tertentu

Pampasan Polisi Insurans Konvensional

Pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris tidak perlu dizakatkan kerana ia dikira sebagai harta yang tidak patuh syariah.

Hanya bayaran pokok pembeli polisi insurans konvensional(semasa hayat pembeli/pemegang polisi) sahaja yang dikenakan zakat.

Namun sekiranya ahli waris pembeli polisi tersebut merupakan golongan fakir miskin, mereka boleh mengambil sebahagian wang pampasan polisi insurans tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir miskin yang ingin mencukupkan keperluan, dan jika jumlah yang diambil melebihi nisab zakat, maka wajib zakat pendapatan ke atas ahli
waris.

Jika pampasan polisi Insurans konvensional tersebut diterima daripada caruman yang dibuat oleh majikan maka ahli waris boleh menggunakan wang tersebut keseluruhannya dan diwajibkan zakat pendapatan ke atasnya.

* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama IslamMalaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi 

Soalan Lazim

Jenis zakat berdasarkan manfaat takaful ada dua:
1. Zakat Wang Simpanan:
● Dizakat ke atas nilai simpanan (cash value) yang terkumpul dalam sesebuah polisi takaful keluarga yang boleh dikeluarkan tanpa membatalkan (surrender) polisi takaful tersebut.
● Dizakat ke atas nilai serahan (surrender value) jika tidak dibelanjakan sehingga ke hujung haul. Dizakat ke atas nilai matang (maturity value) tempoh matang kepada orang yang dilindungi yang masih hidup atau kepada empunya polisi takaful hayat seumur hidup yang telah hidup melebihi umur tertentu jika tidak dibelanjakan sehingga ke hujung haul.
Kadar nisab Januari - Jun 2024 (RM24,007)

Contoh Kiraan:
Nilai tunai polisi takaful yang boleh dikeluarkan x 2.5%
RM30,000 x 2.5% = RM750 (Jumlah zakat) *zakat wang simpanan
*Jika jumlah nilai polisi takaful dibawah nisab, hendaklah dicampurkan bersama
simpanan lain yang belum dizakat.

2. Zakat Pendapatan:
Dizakat ke atas pampasan yang dibayar kepada peserta takaful atau penerima manfaat.


Kadar nisab Januari - Jun 2024 (RM24,007)


Contoh Kiraan:
Nilai pampasan polisi takaful yang diterima x 2.5%
RM30,000 x 2.5% = RM750 (Jumlah zakat) zakat pendapatan
Jika jumlah nilai pampasan polisi takaful dibawah nisab, hendaklah dicampurkan
bersama pendapatan lain yang belum dizakat.
Boleh whatsapp kami untuk kami bantu membuat kiraan zakat untuk anda atau rujuk
calculator zakat di atas.

Kira & Bayar Zakat

kadar kiraan zakat selangor calculator online bayar bayaran fidyah fitrah login

Terdapat pertanyaan,
anda boleh hubungi kami

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan dan penerangan lanjut
Tatal ke Atas